|
PENGGUNAAN KOMPUTER
DI KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOL, NEGERI SEMBILAN.
SATU TINJAUAN.
1.1
PENGENALAN
Komitmen untuk menjadikan semua sekolah di
Malaysia sebagai sekolah bestari menjelang tahun 2010 memberikan
satu gambaran tentang arus perubahan besar yang berlaku di dalam
sistem pendidikan negara khususnya berhubung dengan penggunaan teknologi
maklumat dalam pendidikan. Perkembangan ini sejajar dengan aspirasi
negara untuk muncul sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020
dengan memberikan penekanan kepada penguasaan teknologi maklumat
di kalangan rakyat Malaysia. Selain penggunaan teknologi maklumat
dalam aspek pengurusan dan pentadbiran pendidikan terutamanya di
sekolah, gagasan sekolah bestari juga ini difokuskan kepada penggunaan
teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran .Penggunaan
teknologi maklumat dalam pendidikan di Malaysia telah bermula dengan
pengenalan program kelab komputer melalui kegiatan kokurikulum di
sekolah-sekolah pada tahun-tahun 1980an. Mulai tahun 1995, Kementerian
Pendidikan telah memperkenalkan program Komputer Dalam Pendidikan
dengan memberi penekanan kepada empat mata pelajaran iaitu Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Guru-guru mata pelajaran
berkenaan dilatih menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Kementerian Pendidikan juga telah mengumumkan pada
tahun 1996 untuk menjadikan mata pelajaran Literasi Komputer sebagai
salah satu mata pelajaran dalam pengajian di peringkat Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia.Kemantapan dan keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran dengan menggunakan teknologi maklumat bergantung
kepada keupayaan dan kebolehan aplikasi teknologi maklumat yang
ada pada guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat. lsu ini memberi
satu cabaran yang besar terhadap kadar penerimaan dan persiapan
mental dan kompetensi dalam penggunaan teknologi maklumat di kalangan
guru-guru secara amnya. Apakah mereka sudah bersedia untuk menukar
peranan yang mereka jalankan selama ini kepada sebagai pemudahcara
dengan menggunakan teknologi maklumat di hadapan pelajar-pelajar
mereka. Bagaimanakah caranya mereka dapat memainkan peranan ini
dengan berkesan dalam konteks pendidikan yang sebenarnya iaitu untuk
membawa perubahan sikap dan pengetahuan ke arah merealisasikan matlamat
sekolah bestari? Sistem pendidikan kita adalah dalam era anjakan
paradigma ke arah globalisasi dan Koridor Raya Multimedia dan sudah
tentu memerlukan banyak kajian dan penyelidikan.
1.2 Masalahan Kajian
Usaha
untuk memperkenalkan penggunaan komputer ke dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah membayangkan perubahan yang
dramatik di kalangan guru-guru (ZulkifIi dan Raja Maznah, 1994).
Faktor persediaan mental, pengetahuan dan kemahiran di kalangan
anggota adalah penting ke arah sesuatu perubahan di dalam sesebuah
organisasi . Di antara petunjuk-petunjuk kepada persediaan mental
di kalangan anggota organisasi ialah mempunyai sikap yang positif
terhadap agenda perubahan yang dicadangkan disamping memahami tujuan
atau sebab-sebab di sebalik perubahan yang akan dilaksanakan. Sikap
terhadap komputer adalah satu dari tiga faktor yang menyumbang kepada
penerimaan guru-guru terhadap penggunaan komputer selain dari faktor
ciri-ciri komputer dan dasar-dasar kritikal yang penting untuk penerimaan
penggunaan komputer . Ia juga mempengaruhi motivasi seseorang untuk
mempelajari sesuatu . Sikap yang positif adalah penting untuk mendorong
seseorang bagi mempelajari apa sahaja (Zulkifli dan Raja Maznah,
1994).
Dengan hanya membekalkan perkakasan dan perisisan semata-mata
tidak akan menjamin integrasi teknologi maklumat ke dalam pendidikan
secara berkesan tanpa mengambilkira faktor kecenderungan pelatih
atau guru untuk menggunakan teknologi. Kay (1990) pula merumuskan
bahawa sikap, kesedaran dan keupayaan aplikasi perisian merupakan
cara terbaik untuk menjangka dan meramal komitmen terhadap penggunaan
komputer. Tanpa
persiapan dari aspek sikap, segala program perubahan yang dicadangkan
akan menghadapi halangan yang paling besar untuk membentuk dan menggerakkan
jentera utama perubahan iaitu sumber manusia ke arah menjayakan
program perubahan di dalam sesebuah organisasi besar seperti Kementerian
Pendidikan.
1.3 Kerangka Konsep Kajian
Keupayaan untuk meramal kadar kejayaan sesuatu program yang akan
dilaksanakan bergantung kepada persiapan mental dan sikap mereka
yang terlibat secara langsung dengan program tersebut. Sekaligus,
sikap juga menggambarkan tahap dimana golongan yang terlibat dengan
sesuatu program itu telah didorong ke arah pencapaian matlamat utama
program tersebut. Tampa sikap yang dikehendaki atau sikap yang positif
ke arah matlamat dan pelaksanaan program yang dirancangkan, sebahagian
besar dari langkah permulaan perancangan program tersebut pada hakikatnya
telah menghadapi rintangan yang amat besar walaupun terpaksa memperuntukkan
perbelanjaan yang besar untuk mengatasinya.
Berdasarkan beberapa teori mengenai sikap dan pembelajaran
mengenai komputer, beberapa faktor iaitu pengetahuan, tingkahlaku,
kognitif pengalaman atau amalan, kesukaan dan juga kebimbangan atau
ketakutan telah dikenalpasti mempengaruhi di dalam pembentukan sikap
seseorang terhadap sesuatu. Melalui tinjauan terhadap kajian-kajian
khusus mengenai sikap terhadap komputer pula didapati bahawa beberapa
faktor telah dikenalpasti mempengaruhi sikap guru-guru terhadap
penggunaan komputer di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Faktor-faktor yang telah dikenalpasti mempengaruhi sikap guru-guru
terhadap penggunaan komputer adalah diasaskan kepada teori-teori
sikap yang telah dikemukakan oleh Krech et
al. (1962 dalam Francis 1993), Fishbein dan Ajzen (1975) dan Zimbardo
dan Leippe (1991) iaitu komponen kognitif (sikap kognitif), komponen
afektif (kebimbangan terhadap komputer, keyakinan terhadap komputer
dan kesukaan kepada komputer) dan komponen tingkahlaku (kecekapan
komputer, penggunaan komputer dan tingkahlaku). Di samping itu,
beberapa pembolehubah demografik juga telah dikenalpasti mempunyai
hubungan dengan pembentukan sikap terhadap komputer iaitu jantina
(Shashaani, 1993; Francis, 1993; Noran et.
al., 1996), latihan komputer (Zulkifli dan Raja Maznah, 1994),
tahap kecekapan komputer (ZuIkifli dan Raja Maznah, 1994), tahap
kelulusan akademik (Zulkifli dan Raja Maznah, 1994) dan pemilikan
komputer (Harvey dan Wilson, 1985). Di samping itu, penyelidik telah menemui beberapa pembolehubah
tambahan iaitu subjek yang diajar dan tugas di sekolah sesuai dengan
tujuan dan objektif kajian ini.
Kerangka
Konsep Kajian

1.4 TujuanKajian
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti sikap guru-guru
sekolah-sekolah menengah di Johol, Negeri Sembilan terhadap penggunaan
komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagi mencapai tujuan
ini, kajian ini juga akan cuba menghuraikan beberapa objektif kajian
seperti berikut:
1.
Mengenalpasti sikap guru-guru terhadap penggunaan komputer di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran
2.
Mengenalpasti perbezaan sikap terhadap penggunaan komputer di antara
kumpulan mata pelajaran, jantina dan pengalaman mengajar
3.
Mengenalpasti hubungan angkubah-angkubah demografi dengan sikap
guru-guru terhadap penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan
pembelajaran
1.5
Objektif Kajian
Objektif
kajian seperti berikut:
1.
Mengenalpasti sikap guru-guru terhadap penggunaan komputer di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran
2.
Mengenalpasti perbezaan sikap terhadap penggunaan komputer di antara
kumpulan mata pelajaran, jantina dan pengalaman mengajar
3.
Mengenalpasti hubungan angkubah-angkubah demografi dengan sikap
guru-guru terhadap penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan
pembelajaran
1.6 Soalan Kajian
Untuk mencapai tujuan dan objektif-objektif kajian ini, beberapa
persoalan kajian berikut dikemukakan:
1.
Apakah sikap guru-guru sekolah menengah di Johol
terhadap penggunaan komputer
2.
Adakah wujud perbezaan sikap yang signifikan terhadap penggunaan
komputer di kalangan guru sekolah menengah di Johol
berdasarkan subjek yang diajar, jantina, pemilikan komputer
dan pengalaman mengajar.
3.
Adakah wujud hubungan yang signifikan di antara faktor-faktor
pembolehubah bebas dengan sikap terhadap komputer. Dalam konteks
ini, faktor-faktor pembolehubah ialah kelulusan akademik, latihan
ikhtisas, latihan komputer, tugas tambahan, tugas berkaitan komputer
dan persepsi kecekapan penggunaan komputer telah dikenalpasti sebagai
angkubah-angkubab yang digunakan di dalam kajian ini.
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian mengenai sikap terhadap penggunaan komputer di kalangan guru-guru
perlu dijalankan bagi mengenalpasti tahap penerimaan dan persediaan
mereka dalam menggunakan teknologi maklumat dalam pendidikan serta
mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penerimaan tersebut.
Hasil kajian ini akan:
1.
membolehkan Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya Pusat Perkembangan Kurikulum dan Bahagian Perkhidmatan Komputer
merangka dasar dan pelan bertindak pelaksanaan program penggunaan
komputer bagi semua mata pelajaran
2.
dapat digunakan oleh Kementerian Pendidikan bagi merangka modul-modul
latihan yang diperlukan untuk melaksanakan program penggunaan komputer
dan,
3.
membolehkan pihak-pihak yang berkenaan menyediakan perisian komputer
yang bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran.
1.8
Definisi Istilah
a. Komputer
Berdasarkan Kamus Dewan (1986), komputer adalah merupakan alat
atau sistem elektronik yang berupaya menyimpan rnaklumat yang banyak
dan komplek serta membolehkan maklumat tersebut diperolehi, dianalisis
pada bila-bila masa yang dikehendaki.Komputer dalam kajian ini ialah
semua jenis komputer yang boleh digunakan di sekolah untuk menyimpan,
mengeluarkan, menganalisis dan membantu guru-guru kanan bagi tujuan
pengurusan di sekolah.
b. Penggunaan komputer
Penggunaan
komputer merujuk kepada penggunaan komputer dalam proses pengajaran
dan pembelajaran melalui pelbagai aplikasi termasuk penggunaan CD-Rom,
pengurusan panitia seperti sistem fail mesyuarat, rekod minit mesyuarat
panitia, pengurusan peperiksaan dan markah pelajar dan lain-lain
kegunaan komputer dalam menjalankan tugas di sekolah. Konsep penggunaan
komputer ini merangkumi beberapa konsep dan amalan penggunaan komputer
dalam pendidikan seperti Pengajaran Berasaskan Komputer, Pengajaran
Beruruskan Komputer dan
Pembelajaran Berbantukan Komputer.
c. Guru-guru
Guru-guru
adalah merujuk kepada semua Pegawai-pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Siswazah dan Bukan Siswazah yang dilatih khusus secara ikhtisas
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang berkhidmat
di sekolah-sekolah menengah di Johol, Negeri Sembilan.Sekolah-sekolah
menengah di Johol, Negeri Sembilan adalah terdiri dari semua sekolah-sekolah
menengah yang berada di dalam kawasan Johol, Negeri Sembilan.
1.9 Rumusan
Kesimpulannya, bab ini menghuraikan perkara-perkara yang menjadi latar belakang
kajian ini. Perkara-perkara tersebut ialah berkaitan permasalahan,
objektif, persoalan
kajian serta kepentingan kajian. Semua aspek-aspek ini telah dihuraikan
dengan jelas. Bab yang seterusnya akan menghuraikan tinjauan kajian-kajian
yang lepas berkaitan tahap penggunaan komputer, masalah penggunaan
komputer dan sikap guru terhadap penggunaan komputer.
2. KAJIAN LITERATUR
2.1
Pendahuluan
Bab ini meninjau lebih lanjut kajian literatur dan beberapa
hasil kajian yang berkaitan dengan konsep teknologi pendidikan,
beberapa teori sikap dan teori pembelajaran yang menjadi landasan
penggunaan komputer dalam pendidikan, penggunaan komputer di dalam
pendidikan, kajian sikap terhadap penggunaan komputer dan kerangka
konsepsual kajian.
2.2 Konsep Teknologi Pendidikan
Penggunaan
komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran mempunyai hubungan
secara langsung dengan konsep penggunaan teknologi maklumat dalam
pendidikan. Penggunaan teknologi seperti komputer memainkan peranan
bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam konteks pendidikan dan latihan, peningkatan keberkesanan dapat
diperhatikan dari manifestasi berikut (Ellington, Percival and Race,
1993):
1.
Peningkatan kualiti pembelajaran dan tahap penguasaan pelajar
2.
Mengurangkan waktu yang digunakan oleh pelajar untuk mencapai
seuatu tujuan
3.
Meningkatkan keberkesanan guru dari segi jumlah penuntut yang diajar
tanpa mengurangkan kualiti pembelajaran
4.
Mengurangkan kos tanpa menjejaskan kualiti
Ellington,
Percival dan Race (1993) pula memetik beberapa definisi teknologi
pendidikan seperti berikut:
1.
"Teknologi pendidikan adalah perkembangan, aplikasi dan penilaian
terhadap sistem, teknik dan alat bantuan bagi meningkatkan proses
pembelajaran manusia (National
Council for Educational Technology, United Kingdom)
2.
"Teknologi pendidikan adalah aplikasi bagi pengetahuan saintifik
tentang pembelajaran dan keadaan pembelajaran bagi meningkatkan
keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan latihan. Dalam ketiadaan
prinsip-prinsip saintifik yang telah diketahui, teknologi pendidikan
mengamalkan teknik-teknik berdasarkan ujian pengalaman bagi meningkatkan
suasana pembelajaran" (National
Centre for Programmed Learning, United Kingdom)
3.
"Teknologi pendidikan adalah satu cara yang sistematik bagi
merekabentuk, melaksana dan menilai keseluruhan proses pengajaran
dan pembelajaran dari segi objektif khusus berdasarkan penyelidikan
dalam pembelajaran manusia dan komunikasi serta menggabungkan sumber
manusia dan sumber bukan manusia ke arah pengajaran yang lebih berkesan"
. (Commission on Instructional
Technology, USA)
Ketiga-tiga definisi tersebut memberi penekanan terhadap
peranan utama teknologi pendidikan iaitu untuk meningkatkan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian terhadap kecekapan
dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran ini adalah berasaskan
kepada bukti-bukti yang diperolehi dalam penyelidikan terhadap proses
pembelajaran. Setiap definisi di atas cuba menghuraikan peranan
teknologi pendidikan yang melibatkan pendekatan sistem berputar
kepada merekabentuk situasi atau proses pengajaran dan pembelajaran
serta penggunaan apa sahaja kaedah dan teknik yang sesuai bagi mencapai
objektif yang diingini. Definisi-definisi berkenaan juga memberi
penekanan kepada pengujian dan penilaian.
Sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berasaskan peranan individu, penggunaan komputer dalam pendidikan
mempunyai beberapa kekuatan dan juga kelemahan yang tersendiri.
Di antara kekuatan dan kebaikan pembelajaran berasaskan komputer
ini ialah (Ellington, Percival dan Race. 1993):
1.
Ia dapat merangkumi objektif pembelajaran yang luas
2.
Penuntut dapat melakukan kerja mengikut tahap kebolehan masing-masing
3.
Pendekatan interaktif dalam pembelajaran membolehkan pembelajaran
dilakukan dengan melakukannya sendiri serta mendapat maklumbalas
segera
4.
Membolehkan simulasi pengalaman pembelajaran secara terus
dilakukan
Manakala
kelemahan dalam penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pula ialah:
1.
Memerlukan pelajar celik komputer, atau sekurang-kurangnya merasa
senang menggunakan
papan kekunci
2.
Sukar mendapatkan bahan berasaskan komputer yang sesuai dan
tersedia.
3.
Usaha merekabentuk bahan pembelajaran berasaskan komputer memerlukan
kemahiran yang tinggi.
2.3 Teori Pembelajaran Berasaskan
Komputer
Sebagai
satu elemen yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam sistem pendidikan negara pada masa depan, penggunaan komputer
dalam pendidikan haruslah disandarkan kepada beberapa teori asas
pembelajaran. Di antara teori asas pembelajaran yang dikaitkan dengan
penggunaan teknologi komputer dalam pembelajaran ialah teori behaviorisme,
teori sistem dan teori kognitif.
2.4 Penggunaan Komputer Dalam
Pendidikan
Latarbelakang penggunaan komputer dalam pendidikan kembali kepada
penyelidikan yang telah dilakukan terhadap mesin pengajaran terprogram
(programmed instruction
and teaching machine) (Simonson dan Thomson, 1990). Kaedah
pengajaran terprogram adalah berasaskan teori behaviorisme dan beberapa
kajian telah dilaksanakan terhadapnya bagi menentukan keberkesanannya.
Beberapa dapatan kajian yang berkaitan mendapati bahawa pengajaran
terprogram hanya dianggap sebagai salah satu alat bantuan mengajar
guru dan tidak memberi kesan yang lebih baik terhadap pencapaian
pelajar. Ia dianggap sebagai sesuatu yang membosankan dan terlalu
simplistic.
Penggunaan teknologi seperti komputer dalam proses pengajaran
dan pembelajaran juga dapat memupuk nilai dan budaya kasih sayang
di kalangan guru-guru dan pelajar disebalik kebimbangan yang mengatakan
bahawa pembelajaran menggunakan komputer akan meningkatkan persaingan
antara individu dan perasaan individualistik (Raja Maznah, 1995).
Hakikat ini dapat direalisasikan kerana dengan berbantukan komputer
di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru mempunyai lebih
banyak peluang untuk memberi tumpuan kepada memupuk dan membuna
insan disamping sama-sama berinteraksi di dalam pengajaran dan pembelajaran.Fenomena
ledakan maklumat yang sedang kita alami memerlukan para pelajar
berfikir, belajar dan bertindak secara berbeza dari apa yang mereka
lalui pada masa ini. Mereka bukan sahaja menerima dan mengumpul
maklumat, tetapi juga harus mampu menganalisis segala maklumat yang
diterima secara lebih kritis, kreatif dan membuat penilaian yang
matang beradasarkan prinsip-prinsip nilai yang diperolehi dari pendidikan
yang diterima melalui pendidikan secara bersepadu (Wan Mobd Zahid,
1993).
Secara umumnya, penggunaan komputer di sekolah dapat dikategorikan
kepada tiga bahagian utama iaitu ; pembelajaran tentang komputer,
penggunaan komputer untuk menyenggara dan memproses data dan penggunaan
komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala
penggunaan komputer untuk membantu di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan dengan memberi penekanan kepada tiga aspek
berikut iaitu: pengaturcaraan, proses pengajaran dan pembelajaran
dan utiliti guru (Nik Azis, 1996). Melalui pengaturcaraan, pelajar
didedahkan dengan beberapa bahasa pengaturcaraan yang biasa digunakan
untuk menulis aturcara bagi menyelesaikan sesuatu masalah seperti
LOGO, FOTRAN, COBOL dan PASCAL. Manakala aktiviti pengajaran dan
pembelajaran pula dilaksanakan berpandukan program atau perisian
yang dibangunkan oleh penulis perisian dikenali sebagai mod CAI
(Computer-assisted Instruction)
atau CAL (Computer-assisted
Learning) dimana pelajar akan berinteraksi dengan perisian
kursus menggunakan terminal. Jenis perisian kursus yang digunakan
akan menentukan corak interaksi tersebut sama ada tutorial, latihtubi,
penyampaian maklumat, permainan pendidikan, demonstrasi, pengujian,
penilaian dan pengurusan pengajaran.Penggunaan komputer dalam bidang
pendidikan di Malaysia adalah suatu yang masih baru dimana ia telah
bermula pada tahun 1980an (Wai Kong, 1989; Zoraini, 1991). Pada
peringkat awal, penggunaan komputer di negara ini lebih merupakan
aktivit-iaktiviti Kelab Komputer di sekolah-sekolah. Hanya pada
tahun 1986 sahaja Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan
projek perintis celik komputer di 20 buah sekolah menengah seluruh
negara (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1986).Diantara objektif projek
ini ialah untuk memberi pengenalan kepada komputer, pengaturcaraan
dan aplikasi komputer untuk pemprosesan perkataan dan maklumat,
pengkalan data dan hamparan elektronik. Bahagian Teknologi Pendidikan,
Kementerian Pendidikan pula telah menjalankan kursus-kursus komputer
kepada guru-guru yang terlibat dengan matlamat untuk membekalkan
guru-guru yang terlatih bagi menguruskan kelab-kelab komputer di
seluruh negara disamping dikehendaki mengajar literasi komputer
mulai tahun 1986 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1986).Manakala
konsep pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer (PPBK) pula
dilaksanakan dengan tujuan untuk meningkatkan pencapaian pelajar
melalui penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan
mutu pendidikan disamping mendedahkan para pelajar kepada penggunaan
komputer .
Manakala langkah pertama untuk melaksanakan penggunaan komputer
secara besar-besaran di dalam bilik darjah telah dilancarkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia bersama Malaysian
Institute of Microelectronic System (MIMOS) melalui projek
pembangunan perisian (Zoraini et
al., 1990). Projek perisian yang digelar Computer
Integrated Learning System (ComIL) telah dijalankan secara
percubaan di beberapa buah sekolah terpilih di seluruh negara mulai
1992 (Zulkifli dan Raja Maznah, 1994).
2.5 Kajian Mengenai Sikap Terhadap
Komputer
Beberapa kajian telah dijalankan sejak dua dekad yang lalu terhadap
sikap di kalangan guru-guru terhadap penggunaan komputer di dalam
pendidikan berbanding dengan kumpulan-kumpulan lain seperti pelajar
(Robertson et al., 1995),
sikap terhadap komputer di kalangan guru-guru pelatih siswazah (Zulkifli
dan Raja Maznah, 1994; Noran et
al., 1996). Kajian-kajian yang dijalankan telah meninjau
beberapa hubungan angkubah seperti perbezaan jantina ( Francis,
1993; Robertson et al., 1995; Noran et
al. 1996) , pengalaman dengan komputer (Zulkifli dan Raja
Maznah, 1994; Robertson et
al., 1995; Noran et
al., 1996) terhadap pembentukan sikap ini dan bagaimana perubahan
sikap terhadap penggunaan teknologi maklumat berlaku.Kajian yang
telah dijalankan oleh Dupagne dan Krendl (1992) mendapati perubahan
sikap yang begitu ketara dan positif di kalangan guru-guru terhadap
penggunaan mikrokomputer di dalam bilik kelas dan di dalam kurikulum.
Manakala kajian yang dijalankan terhadap guru-guru pelatih oleh
Downes (1993) pula mendapati bahawa pengalaman dengan komputer dan
pengaruh model peranan guru yang menggunakan komputer di dalam bilik
darjah membawa kepada sikap positif terhadap penggunaan komputer
serta meningkatkan kemungkinan guru-guru berkenaan akan menggunakan
komputer di dalam bilik darjah. Tahap pendedahan guru dengan kursus-kursus
literasi komputer juga mempunyai kaitan yang signifikan terhadap
pembentukan sikap guru-guru terhadap komputer (Robertson et
al., 1995).
Kajian yang telah dijalankan oleh Zulkifli dan Raja Maznah
(1994) di kalangan guru-guru pelatih siswazah di Universiti Malaya
yang mendapati bahawa hanya 12.1% dari sampel yang mengatakan bahawa
mereka tidak mempunyai pengalaman dengan komputer, manakala selebihnya
(87.9%) mengatakan bahawa mereka mempunyai pengalaman. Sebanyak
49% dari sampel yang mempunyai pengalaman telah memperolehinya semasa
pengajian di peringkat ijazah pertama atau di bangku sekolah. Kajian
tersebut seterusnya merumuskan bahawa guru-guru pelatih yang mempunyai
pengalaman dalam komputer semasa di sekolah atau di universiti cenderung
untuk lebih mahir dari mereka yang tidak berpengalaman. Kajian itu
juga mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai pengalaman dengan
komputer kebiasaannya mempunyai sikap yang negatif dan tahap kebimbangan
yang tinggi terhadap komputer.
Walau bagaimanapun, beberapa kajian mendapati bahawa kebimbangan
terhadap komputer tidak mempunyai hubungan dengan sikap terhadap
komputer ( Zulkifli danRaja Maznah, 1994). Begitu juga dengan tahap
kebimbangan didapati tidak ada kaitan dengan pengalaman dengan komputer
(Rosen et al., 1987).
Sebaliknya, kajian yang telah dijalankan oleh lgbaria dan Chakrabarti
(1990) merumuskan bahawa pengalaman dengan komputer lebih memberi
kesan kepada sikap terhadap komputer berbanding dengan kebimbangan
terhadap komputer. Walau bagaimanapun, dapatan-dapatan kajian oleb
Noran et al. (1996) mengenai kebimbangan terhadap komputer di kalangan
guru-guru pelatih di Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Pertanian
Malaysia itu mendapati bahawa guru pelatih lelaki menunjukkan kadar
kebimbangan yang lebih rendah berbanding dengan guru pelatih perempuan.
Begitu juga dengan peluang menggunakan komputer dimana kajian-kajian
mendapati bahawa pelajar lelaki lebih berpeluang untuk menggunakan
komputer daripada pelajar perempuan. Sekaligus, perkara ini boleh
dikaitkan dengan faktor pengalaman menggunakan komputer sebagai
penyumbang kepada sikap positif terhadap komputer (Robertson et
al., 1995).
2.6 Rumusan
Kajian literatur ini telah menghuraikan konsep teknologi pendidikan
yang berkait secara langsung dengan penggunaan komputer di dalam
pendidikan. Kajian ini juga telah meninjau beberapa teori sikap
dan teori pembelajaran asas yang menjadi latar belakang kepada penggunaan
media di dalam pendidikan khususnya penggunaan komputer selain dari
menyorot perkembangan penggunaan komputer di dalam pendidikan secara
global dan di Malaysia. Seterusnya, beberapa kajian berkaitan dengan
sikap terhadap komputer telah dilihat secara analitikal bagi mengesan
beberapa faktor pembolehubah yang berkaitan dengan kajian mengenai
sikap terhadap komputer serta meninjau beberapa dapatan yang boleh
dijadikan landasan perbincangan dan perbandingan dengan hasil dapatan
yang diperolehi di dalam kajian ini.
3. KAEDAH KAJIAN
3.1
Pendahuluan
Bab ini menerangkan tentang kaedah penyelidikan yang dijalankan untuk mengumpulkan
data dan maklumat bagi mencapai matlamat kajian. Dalam bab ini,
terdapat penerangan tentang rekabentuk kajian, pemilihan populasi
dan sampel, instrumen penyelidikan, kajian rintis, kaedah pengumpulan
data dan cara menganalisis data.
3.2
Rekabentuk Kajian
Kajian
yang dijalankan adalah merupakan kajian yang bersifat diskriptif
dan menggunakan kaedah tinjauan. Kaedah soal selidik dipilih bagi
mendapatkan data. Jacob dan Ary (1990) berpendapat bahawa kebaikan
menggunakan soal selidik ini ialah ianya boleh melibatkan responden
yang ramai, lebih luas dan menyeluruh. Johnson (1994) menyenaraikan
tiga kekuatan kaedah ini. Pertama, dapat melibatkan responden yang
ramai. Kedua, membolehkan penyelidik rnernbuat kajian hubungan dan
perbandingan dengan hasil kajian kepada populasi yang yang lebih
besar dan ketiga, dapat menghasilkan fakta dan maklumat yang boleh
di "cross-tabulate" dalam pelbagai kaedah statistik
bagi mempelbagaikan dapatan sesuatu kajian.
Soal selidik ini dikendalikan dengan cara menghantar sendiri
kepada semua guru di sekolah-sekolah menengah daerah Johol. Guru-guru
sekolah tersebut diberi masa selama seminggu untuk menjawab semua
soalan dalam soal selidik tersebut.
3.3
Sampel Kajian
Terdapat empat buah sekolah menengah bantuan penuh kerajaan dl daerah
Johol. Sampel kajian ini melibatkan semua guru sekolah menengah
bantuan kerajaan di daerah ini.
Sampel
kajian ini adalah keseluruhan populasi. Pengambilan keseluruhan
persampelan ini memungkinkan dapatan kajian yang lebih menyeluruh
kerana tiada masalah kesilapan persampelan.
3.4 Lokasi Kajian
Kajian ini dijalankan di sekolah-sekolah menengah daerah Johol.
Terdapat empat buah sekolah-sekolah rnenengah yang terdapat di dalam daerah Johol ini.
3.5
Cadangan Instrumen
Bagi
tujuan mendapatkan data tentang sikap terhadap penggunaan komputer,
satu set borang soalselidik telah digunakan di dalam kajian ini.
Borang soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian
A dan Bahagian B. Bahagian A digunakan bagi mengumpul data-data
peribadi subjek seperti matapelajaran yang diajar, pengalaman mengajar,
tahap dan sumber pendidikan, pendedahan terhadap komputer dan pemilikan
komputer. Data-data yang diperolehi di dalam bahagian ini digunakan
sebagai angkubah demografi. Manakala Bahagian B pula digunakan bagi
mengumpul data tentang sikap terhadap komputer berasaskan instrumen
yang telah dibangunkan oleh Jones dan Clarke (1994) dan sebahagian
besar item dalam skala sikap ini telah diuji untuk tujuan kesahan
dan kebolehpercayaan di dalam beberapa versi sebelumnya (Woodrow.
1991). Skala yang sama juga telah digunakan untuk mengukur sikap
bagi beberapa kumpulan termasuk guru-guru dan pelajar (Robertson
et al.. 1995).
Kesemua penyataan tentang sikap terhadap komputer di dalam
soalselidik ini dapat dilabelkan di dalam tujuh subskala iaitu "kebimbangan
terhadap komputer" (computer
anxiety), "keyakinan terhadap komputer" (computer
confidence), 'penggunaan komputer' (computer use), "kecekapan komputer" (computer
competence), "kesukaan kepada komputer" (computer
liking), "tingkahlaku" (behavior)
dan "sikap kognitif" (cognitive
attitude). Soalselidik yang mengandungi Iima puluh tiga pernyataan
tentang sikap terhadap komputer dalam bentuk skala Likert terdiri
dari lima skala 1 hingga 5 dengan 1 menunjukkan "sangat tidak
setuju" dan 5 menunjukkan "sangat setuju" terhadap
penyataan dalam borang soalselidik. Bagi tujuan analisis data, nilai
yang diperolehi dari penyataan yang dinyatakan secara negatif akan
diterbalikkan (recode) bagi mengekalkan arah yang selari dengan skala yang memperolehi
skor yang tinggi bagi sikap yang positif dan skor yang rendah menunjukkan
sikap yang negatif.
|
Contoh Borang
Soalselidik
|
Bahagian A: Maklumat Peribadi
Sila tandakan (√) di bahagian yang berkenaan.
|
1.
|
Matapelajaran
yang diajar :_____________________
|
|
|
|
|
|
|
|
|
2.
|
Jantina :
|
|
|
|
|
Lelaki
|
|
|
|
|
Perempuan
|
|
|
|
|
|
|
|
|
3.
|
Kelulusan
akademik
:
|
|
|
|
|
SPM/STPM/Diploma
|
|
|
|
|
Sarjana
Muda
|
|
|
|
|
Sarjana
|
|
|
|
|
Doktor
Falsafah
|
|
|
|
|
|
|
|
|
4.
|
Latar
belakang institusi pendidikan
:
|
|
|
|
|
Maktab
perguruan
|
|
|
|
|
Universiti
tempatan
|
|
|
|
|
Universiti
luar negeri
|
|
|
|
|
|
|
|
|
5.
|
Pengalaman
mengajar :
|
|
|
|
|
1
– 3 tahun
|
|
|
|
|
4
– 6 tahun
|
|
|
|
|
7
– 10 tahun
|
|
|
|
|
Lebih
10 tahun
|
|
|
|
|
|
|
|
|
6.
|
Latihan
ikhtisas :
|
|
|
|
|
Sijil
Perguruan
|
|
|
|
|
Diploma
Pendidikan
|
|
|
|
|
Ijazah
Pendidikan
|
|
|
|
|
|
|
|
|
7.
|
Tugas
di sekolah :
|
|
|
|
|
Guru
matapelajaran sahaja
|
|
|
|
|
Ketua
Panitia
|
|
|
|
|
Tugas
lain
|
|
|
|
|
|
|
|
|
8.
|
Pernah
mengikuti lataihan atau kursus komputer
:
|
|
|
|
|
Pernah
|
|
|
|
|
Tidak
pernah
|
|
|
|
|
|
|
|
|
9.
|
Adkah
anda menjalankan apa-apa tugas sekolah yang menggunakan komputer
?
|
|
|
|
|
Ya
|
|
|
|
|
Tidak
|
|
|
|
|
|
|
|
|
10.
|
Adakah
anda memiliki komputer peribadi ?
|
|
|
|
|
Ya
|
|
|
|
|
Tidak
|
|
|
|
|
|
|
|
|
11.
|
Apakah
tahap penguasaan komputer anda ?
|
|
|
|
|
Mahir
dalam penggunaan tiga atau lebih aplikasi
|
|
|
|
|
Mahir
dalam penggunaan dua aplikasi
|
|
|
|
|
Mahir
dalam penggunaan satu aplikasi
|
|
|
|
|
Langsung
tidak mahir
|
|
|
3.6 Kajian Rintis
Sebelum
kajian rintis dijalankan, borang soal selidik akan diserahkan untuk
disemak oleh penyelia dan seterusnya barulah disebarkan kepada guru-guru
sekolah menengah yang mengikuti program Sarjana Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia. Tujuan kajian rintis ini
ialah untuk membetulkan penggunaan bahasa yang sukar difahami oleh
responden, menentukan sama ada soalan-soalan yang dikemukakan bersesuaian
dengan bidang tugas responden dan bagi menentukan kebolehpercayaan
item-item.
Bahagian yang diuji ialah
item dalam set A iaitu tahap penggunaan dan item dalam set
B iaitu sikap responden
terhadap penggunaan komputer. Ujian adalah menggunakan analisis
kebolehpercayaan Cronbach's alpha. Mengikut Omran (1984),
nilai melebihi 0.7 adalah paras yang boleh diterima.
Berdasarkan kajian rintis ini juga beberapa soalan akan diubahsuai
struktur ayatnya mengikut keperluan guru yang terdiri daripada guru-guru
sekolah menengah DAERAH JOHOL.
3.7
Data Analisis
Data-data yang akan diperolehi di dalam kajian ini akan dianalisis
dengan menggunakan kaedah analisis statistik yang terdapat di dalam
Statistical Package for
Social Sciences (SPSS for MS Windows Release 6.0) selari
dengan matlamat penyelidikan dan bagi menjawab semua soalan penyelidikan
yang telah dinyatakan di dalam Bab 1.
Analisis kajian memberi tumpuan kepada mengenalpasti sikap
responden terhadap komputer berdasarkan tujuh subskala sikap terhadap
komputer iaitu subskala 'kebimbangan terhadap komputer', 'keyakinan
terhadap komputer', kesukaan kepada komputer',' sikap kognitif',
'tingkahlaku',' penggunaan komputer' dan 'kecekapan komputer'. Untuk
tujuan ini, penyataan-penyataan di dalam setiap subskala sikap dianalisis
secara deskriptif dengan menghurai kekerapan dan peratus kekerapan
bagi keseluruhan responden mengikut darjah dalam skala Likert yang
digunakan di dalam soalselidik.
Analisis kajian juga memberi tumpuan untuk melihat sama ada
wujud atau tidak perbezaan yang signifikan tentang sikap terhadap
komputer di antara kumpulan subjek atau mata pelajaran, jantina,
pemilikan komputer dan pengalaman mengajar., Analisis statistik
parametric iaitu
Ujian t dan Analisis
Varian Sehala (Oneway ANOVA)
digunakan bagi mendapatkan perbezaan tentang sikap terhadap komputer.
Akhir sekali, analisis kajian difokuskan untuk mengenalpasti
sama ada wujud atau tidak hubungan yang signifikan di antara sikap
terhadap komputer dengan beberapa pembolehubah tidak bersandar iaitu
tahap kelulusan akademik, latihan komputer tugas berkaitan komputer
dan tahap kecekapan komputer. Ujian korelasi koefisiensi digunakan
untuk menganalisis hubungan ini.
Secara
keseluruhannya, analisis kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian
utama seperti berikut
Bahagian
1: Menganalisis setiap penyataan sikap yang terkandung di dalam
Bahagian B borang soalselidik secara deskriptif dengan menggunakan
analisis kekerapan dan peratus. Penyataan-penyataan ini dikelompokkan
kepada beberapa angkubah bersandar iaitu; kebimbangan terhadap komputer,
keyakinan terhadap komputer, kesukaan kepada komputer, sikap kognitif,
tingkahlaku, penggunaan komputer dan kecekapan komputer untuk mengenalpasti
kecenderungan sikap terhadap komputer secara keseluruhan
Bahagian 2: Berdasarkan subskala sikap terhadap komputer seperti
pada Bahagian 1, perbezaan sikap renponden dianalisis dari segi
kumpulan mata pelajaran yang diajar, jantina, pemilikan komputer
dan pengalaman mengajar dengan menggunakan ujian parametric
iaitu Ujian t dan
Analisis Varian Sehala (Oneway
A NOVA).
Bahagian 3: Menganalisis hubungan yang wujud di antara subskala
sikap terhadap komputer dengan faktor-faktor pembolehubah bebas
dengan menggunakan analisis korelasi koefisiensi.
3.8
Rumusan
Secara
keseluruhannya, penyelidik menjelaskan tentang kaedah penyelidikan
yang digunakan dari segi reka bentuk kajian, pemilihan populasi
dan sampel, instrumen penyelidikan, kajian rintis, kaedah pengumpulan
data dan cara menganalisis data. Semua kaedah ini akan dilakukan
secara berurutan bagi memudahkan penyelidik mencapai objektif kajian
ini.
JADUAL TEMPOH PERLAKSANAAN
PROJEK PENYELIDIKAN
|
TEMPOH
|
TAJUK
|
CATATAN
|
|
2
hari
|
Tajuk
kajian
|
Selepas
kenal pasti masalah
|
|
2
hari
|
Pernyataan
masalah
|
Perbincangan
bersama rakan
|
|
2
hari
|
Tujuan
kajian
|
Perbincangan
bersama rakan
|
|
3
hari
|
Persoalan
kajian
|
Perbincangan
bersama rakan
|
|
7
hari
|
Kaedah
kajian
|
Perbincangan
bersama rakan
|
|